Friday 6 July 2012

UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK KADET POLIS PUTRAJAYA

    Latihan Makestri pada 19 Jun 2012 di IPD Putrajaya sebagai persiapan untuk Ujian Kemahiran Menembak

Menerima taklimat pada 20 Jun 2012 di LapangSasar Mantin untuk  Ujian Kemahiran Menembak

Ujian Kemahiran Menembak bagi Kadet Polis Sekolah-sekolah Putrajaya telah diadakan pada 20 Jun 2012 di Lapang Sasar IPD Mantin, Negeri Sembilan. Aktiviti ini mendedahkan peserta kepada cara-cara penggunaan senjata api M16. Sebanyak 10 buah sekolah menengah telah menyertai aktiviti ini yang dianjurkan oleh PPWPP dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Putrajaya.  Tahun 2012 merupakan tahun pertama penubuhan Pasukan Kadet Polis SMK Putrajaya Presint 11(2) dan seramai 7 ahli kadet dari sekolah ini telah menyertai aktiviti tersebut. Guru-guru yang menyertai ujian kemahiran menembak ialah Tuan Haji Aziz bin Saleh (PK HEM), Puan Rahaizah Hassan dan Encik Mohd Ali Mohd Taib selaku guru penasihat.


by rahaizah
















2 comments: